badangperkasa ~ yesterday once more...

Sunday, May 22, 2011

Satay tetap jadi kegemaranku...

Bro sedang membakar Satay


Satay Perut, Satay Hati & Satay Ayam


Walaupun antara Pekan Kajang dengan Petaling Jaya tak sejauh mana, tapi boleh dikira dengan jari berapa kaliaku kesana dalam sebulan. Rasanya dah lama sangat tak ke Kajang, maknanya lama jugak tak jumpa dengan rakan2 sekolah yang tinggal disana.

Baru2 ni aku berkesempatan ke Kajang kerana diperlukan untuk merakam event di SMK Jalan Reko, Kajang. Selesai tugasan, terus saja aku menuju ke Restoran Abang di Taman Selamat, Batu 14, Jalan Cheras. Kenapa? Haa sebab dah lama tak makan satay perut yang dibuat oleh Restoran Abang. Setibanya disana terus tempah minuman dan kemudiannya satay yang memang dah menjadi kegemnaran aku sejak dulu.

Satay Perut (Perut Tembusu) memang favourit aku selain dari Satay Hati (Hati Ayam yang diselang selikan dengan hempedal). Satay dari Restoran Abang memang terbaik. Bukan untuk promosi, sekadar menyatakan pendapat. Mungkin ini satu alternatif dari Satay Samuri yang popular di Kajang.


Kepada sesiapa yang berminat nak cuba makan satay di Restoran Abang, alamatnya seperti berikut:- No 1 Taman Selamat, Batu 14, Jalan Cheras, 43000 Kajang, Selangor. No Telefonnya 03-87362304

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home