Sekadar ingin berkongsi... Esok tanggal 10hb September 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan kedatangan Aidil Fitri selepas berpuasa dalam bulan Ramadhan. Seperti biasa kebanyakan keluarga akan sibuk membuat persiapan menanti kedatangan Aidil Fitri . Begitu juga dengan kami yang menyambutnya dengan sederhana sahaja.
Seperti tahun2 yang sudah, tiap kali Aidil Fitri tiba, pastinya tanpa disedari airmata akan berlinangan terlebih lagi apabila mendengar takbir hari raya dan lagu2 Hari Raya yang dimainkan di corong2 radio. Hati terkenangkan dua orang insan yang telah kembali kerahmatullah sejak sekian lama. Mereka ialah Ayah & Ibuku. Tahun ini ibu telah pergi selama 31 tahun manakala ayah pula telah pergi selama 13 tahun. Bukan lah aku tidak redha dengan pemergian mereka, cuma kadang2 kita sebagai manusia biasa menjadi lebih emosi diwaktu2 begini. Walaubagaimanapun, aku tetap kuatkan semangat & iltizam untuk terus hidup.
Kepada mereka yang masih mempunyai kedua orang tua mereka, sayangi & kasihilah mereka sehingga ke penghujung nafas mu... Doakanlah kesejahteraan mereka didunia dan akhirat selagi masih ada waktu... Ingatlah 'apabila mati sahaja anak Adam itu, maka terputuslah hubungannya didunia melainkan 3 perkara... Ilmu yang dimenafaatkan, Sedekah Jariah & Doa anak yang soleh'.
Salam Aidil Fitri...


.jpg)

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home