Setelah sekian lama tak mengupdate blog, pagi ni berkesempatan mengupdatenya tanpa ragu2..
Beginilah aku, setiap kali bila tiba Hari Raya. Memerhati anak2 yang bergembira menyambut Hari Raya, terutamanya IQA, yang menyambut Hari Raya untuk kali ke 4 dalam hidupnya. SALAHUDDIN baru setahun dan tak mengerti apa2 lagi, walau bagaimanapun Baju melayu sepasang dan samping adalah sesuatu yang baru baginya. Kakak pulak dah cukup dewasa, melalui alam remajanya. AISHAH pulak sebok, menolong Kakak & Ibu didapur. Anak dara aku yang berdua ni dah besar. Walau kami berhari raya dengan sederhana sahaja, Alhamdulillah semuanya gembira.
Bila tiap kali Hari Raya muncul pasti kita tak melupakan ahli keluarga kita, begitu juga dengan aku. Walaupun sudah ada keluarga sendiri, namun keluarga aku tetap aku tak lupakakn. Tapi kebanyakan mereka semua sudah tiada. Arwah Emak, meninggal di Tahun 1979, Arwah Abang pula menyusul di tahun 1987, manakala ayah pula di tahun 1997. Walau kesemua mereka sudah tiada, ingatan aku pada mereka tetap tidak lupa. Banyak kenangan manis dikala menyambut Hari Raya bersama mereka yang tidak dapat aku lupakan. Antaranya menolong Arwah Ibu & Abang membuat Kuih Bauhulu. Bagai nak tercabut tangan memukul telur dan gula didalam pasu, berair mata terkena asap ketika membakar bauhulu. Kena marah dengan Arwah Emak, sebab terlupa nak angkat Tepung dan Gula yang dijemur , memegang ayam untuk disembelih oleh Ayah dan bermacam2 lagi... Semuanya dah tinggal kenangan kini.
Walaubagaimanapun, aku tabahkan hati, dan kuatkan semangat... Hanya AL FATIHAH dan doa kukirim untuk mereka. Salam Aidil Fitri kepada semua, Hargailah keluarga sementara mereka masih ada, terutamanya ayah & ibu.
Labels: Aidil Fitri, Eid, Hari Raya

.jpg)

1 Comments:
At 10:39 AM ,
IMCurtain said...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Bercuti dari IMCurtain.
p/s: We would like to invite all bloggers to join our blogging community which can helps you getting more visitors to your blogs. It's totally free! Social Blogger Community
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home